by:mesrarakyat.wordpress.com
MARI KITA BELAJAR BAHASA ARAB
Kita akan berpandukan gambar yang dilampirkan diatas:
-Annaum ni’matun kabiratun min ni’amillah..
Tidur merupakan nikmat yang sangat besar daripada nikmat-nikmat yang dianugerahkan oleh Allah.
-Faba’dal ‘amal wat ta’ab binnahar naskunu sa’atun qalilatun billail yartahu fiha jasaduna
Maka, selepas kita bekerja dan keletihan pada siang hari, kita mengambil masa beberapa jam pada waktu malam untuk merehatkan tubuh badan kita.
-Linastabali yauman jadidan bikullil quwwah wan nasyati linuaddi wazaifina allati kholaqonallah min ajliha
Ini adalah untuk kita menghadapi hari baru pada keesokan hari dengan penuh kekuatan dan aktif demi menunaikan kerja-kerja yang telah Allah jadikan kita dengan tujuan tersebut.
-Wa linnaum adabun fa ta’alaw ma’an nata’allamuha
Dan bagi tidur itu ada adab-adabnya, jom kita bersama-sama mempelajarinya :
-ANAMU MUBAKKIRAN
Aku tidur awal.
-Ba’dal isyak wala asharu illa limuzakiratil ilm aw muhadathatud dhoifi aw muanasatul ahl
Selepas isyak, aku tidak melewatkan tidur kecuali dengan tujuan mengulangkaji pelajaran atau berbual dengan tetamuku atau bergaul mesra dengan ahli keluargaku.
-Hatta astaqbilu solatal fajr bikulli nasyat
Sehinggalah aku dapat menunaikan solat subuh dengan penuh bertenaga (aktif).
-ANAMU ‘ALA TOHARAH
Aku tidur dengan cara yang bersih.
-Bian atawaddoa qabla an anamu wa unazzifa fami bissiwak awil fursyati wal ma’jun
Aku berwudhuk sebelum tidur, aku menggosok gigiku menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan ubat gigi.
-LA ANAMU ‘ALA BATNI
Aku tidak tidur meniarap.
-Sawaun billail awin nahar
Samada ketika malam atau siang
-Liannallaha azzawajalla la yuhibbu hazihin naumah
Kerana Allah Ta’ala tidak menyukai cara tidur sebegini.
-ANAMU ALA JANBIL AIMAN
Aku tidur diatas lambung kanan.
-Wa astaqbilul qiblati biwajhi
Aku mengadapkan wajahku ke kiblat.
-Wa ada’u yadil yumna tahta haddil aiman
Dan aku letakkan tangan kananku dibawah pipiku sebelah kanan.
TAMAT
Kita berjaya menterjemahkan adab-adab tidur dengan jayanya, alhamdulillah.