::من نحن؟::

Saturday, November 21, 2009

ADAB DI MASJID (ADAB AL-MASJID)

oleh : mesrarakyat


ADHULUL MASJID BI QADAMIL YUMNA WA AQUL :

Saya masuk ke masjid dengan kaki kanan dan berkata


ALLAHUMMAFTAH LI ABWABA RAHMATIK :

Ya Tuhanku, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu


LA NABI’ WA LA NASYTARI

Kita tidak boleh menjual beli


WA LA NATAKALLAM FIHI BISOUTIN MURTAFI’ :

Dan tidak boleh kita berkata-kata dengan suara yang kuat


WA LA NAMURRU MIN AMAMAL MUSOLLIN

Dan kita tidak boleh lalu dihadapan orang yang sedang bersolat


WA LA NA’BATHU BIL ASHYAK

Dan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang sia-sia


LA AJLIS HATTA USOLLI RAK’ATAINI :

Aku tidak duduk sehingga aku selesai menunaikan 2 rakaat


AKHRUJU MINAL MASJID BIQADAMIL YUSRA WA AQUL :

Aku pun keluar dari masjid dengan kaki kiri dan berkata (berdoa)


ALLAMUHUMMA INNI ASALUKA MIN FADLIK :

Ya Tuhanku, aku memohon dan mengharapkan kelebihanMu

مَا هَـٰـذ َا : Apakah / Apa ini?

Jawapan :

1. هَـٰـذ َا مِـفـْتـَاحٌ
هَـٰـذا كـِــتـَـابٌ.2
هَـٰـذ َا قـَــلـَــمٌ .3
هَـٰـذا بـَـابٌ .4
هَـٰـذ َا بـَـيـْـتٌ .5
هَـٰـذا كـُـرْسـِــيٌّ .6

Saturday, November 14, 2009

Konsep "Pembelajaran Secara Fitrah"


Konsep "Pembelajaran Secara Fitrah" seperti yang telah dipakai oleh Allah s.w.t. dalam mencipta semua makhluk di alam ini. Konsep tersebut boleh digambarkan melalui gambarajah pokok di bawah :-



Wednesday, October 28, 2009

Belajar Bahasa Arab (Situasi 1)

APA YANG KAMU KATAKAN JIKA MELIHAT 

BENDA YANG MENAKJUBKAN!

by:mesrarakyat

Petikan 1:

Unzur, Unzur Ya Ahmad! Ma ajmala hazihis sayyarah! Jamilatun! Yaah..

Lihat, lihat wahai Ahmad! Alangkah cantiknya kereta ini! Cantiknya! Wah!

Petikan 2:

Iza raaita ma yu3jibuka Ya Abdullah.. Faqul :

Masya Allah, La quwwata illa billah

ما شاء الله، لا قوة إلا بالله

Apabila kamu lihat sebarang perkara yang menakjubkan, maka katakanlah :

ما شاء الله، لا قوة إلا بالله

“Hebatnya! (Jika dikehendaki Allah). Tiada kekuatan melainkan Allah”

Petikan 3:

Masya Allah, La quwwata illa billah

Ahli Keluarga/Family Members/افراد الاسرة

Perbualan Harian / Daily Arabic /العربية المتداولة

Warna (الألوان)

Jam (as-Saa'ah)

Nasyid Berkaitan Nombor( نشيد الارقام)


Nombor(Al-a'dad)




Friday, October 16, 2009

Adab Tidur (Adab Al-Naum)

by:mesrarakyat.wordpress.com


MARI KITA BELAJAR BAHASA ARAB


Kita akan berpandukan gambar yang dilampirkan diatas:


-Annaum ni’matun kabiratun min ni’amillah..

Tidur merupakan nikmat yang sangat besar daripada nikmat-nikmat yang dianugerahkan oleh Allah.

-Faba’dal ‘amal wat ta’ab binnahar naskunu sa’atun qalilatun billail yartahu fiha jasaduna

Maka, selepas kita bekerja dan keletihan pada siang hari, kita mengambil masa beberapa jam pada waktu malam untuk merehatkan tubuh badan kita.

-Linastabali yauman jadidan bikullil quwwah wan nasyati linuaddi wazaifina allati kholaqonallah min ajliha

Ini adalah untuk kita menghadapi hari baru pada keesokan hari dengan penuh kekuatan dan aktif demi menunaikan kerja-kerja yang telah Allah jadikan kita dengan tujuan tersebut.

-Wa linnaum adabun fa ta’alaw ma’an nata’allamuha

Dan bagi tidur itu ada adab-adabnya, jom kita bersama-sama mempelajarinya :


-ANAMU MUBAKKIRAN

Aku tidur awal.

-Ba’dal isyak wala asharu illa limuzakiratil ilm aw muhadathatud dhoifi aw muanasatul ahl

Selepas isyak, aku tidak melewatkan tidur kecuali dengan tujuan mengulangkaji pelajaran atau berbual dengan tetamuku atau bergaul mesra dengan ahli keluargaku.

-Hatta astaqbilu solatal fajr bikulli nasyat

Sehinggalah aku dapat menunaikan solat subuh dengan penuh bertenaga (aktif).


-ANAMU ‘ALA TOHARAH

Aku tidur dengan cara yang bersih.

-Bian atawaddoa qabla an anamu wa unazzifa fami bissiwak awil fursyati wal ma’jun

Aku berwudhuk sebelum tidur, aku menggosok gigiku menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan ubat gigi.


-LA ANAMU ‘ALA BATNI

Aku tidak tidur meniarap.

-Sawaun billail awin nahar

Samada ketika malam atau siang

-Liannallaha azzawajalla la yuhibbu hazihin naumah

Kerana Allah Ta’ala tidak menyukai cara tidur sebegini.


-ANAMU ALA JANBIL AIMAN

Aku tidur diatas lambung kanan.

-Wa astaqbilul qiblati biwajhi

Aku mengadapkan wajahku ke kiblat.

-Wa ada’u yadil yumna tahta haddil aiman

Dan aku letakkan tangan kananku dibawah pipiku sebelah kanan.


TAMAT

Kita berjaya menterjemahkan adab-adab tidur dengan jayanya, alhamdulillah.

Saturday, September 26, 2009

Bagaimana Hendak Mengenali Kata Nama Dalam Bahasa Arab


Kata Nama dalam Bahasa Arab mempunyai beberapa tanda :
  1. Ada ( ال ) di awal perkataan : المدرسة

  2. Ada tanwin : طالبٌ

  3. Kata Nama secara amnya tidak didahului dengan huruf-huruf yang masuk ke Kata Kerja seperti: ( أ / ن / ي / ت )

  4. Selain Kata Nama dengan tanda seperti di atas, الضمير juga tergolong dalam Kata Nama:


Wednesday, September 23, 2009

Dhomir (Kata Ganti Nama)



اَلضَّمِيْرُ

(Kata Ganti Nama)


A. Dhomir Munfashil

Dhomir Munfashil adalah dhomir yang penulisannya terpisah dengan kata yang lain.


هُوَ Dia (Seorang laki-laki)

هُمَا Mereka (Dua orang laki-laki/perempuan)

هُمْ Mereka (Para lelaki)

أَنْتَ Kamu (Seorang laki-laki)

أنْتُمْ Kalian (Para lelaki)

Contoh:

هُوَ أُسْتاَذٌ (Dia adalah seorang Ustadz)

أَنَا مسْلِمٌ (Aku adalah seorang muslim)


B. Dhomir Muttashil

Dhomir Muttashil adalah dhomir yang penulisannya bersambung dengan kata yang lain.

كِتَابُهُ Bukunya (Buku milik laki-laki itu)

كِتَابُهُنَّ Buku mereka (Buku milik para perempuan itu)

كِتَابُُنَا (Buku kami)


C. Dhomir Mustatir

Dhomir Mustatir adalah dhomir yang tidak tertulis dalam kalimat akan tetapi tersembunyi dalam suatu kata.

Haiwan(Al-Hayawanat)

Bahasa Arab Tahun 5 Ms 25 Dan 26

Check out this SlideShare Presentation:

Friday, September 18, 2009

Kisah jenaka arab

Juha Kehilangan Keldai

oleh : zulismail


ضاع حماره، فجعل يبحث عنه ويقول: الحمد لله، فسألوه: ولماذ تقول ذلك؟ فقال: أحمد الله لأني لم أكن راكبا الحمار والا لكنت ضعت معه

Juha missing his donkey
, while he search for it,
he says.. ''thank you ALLAH''
.
then somebody else ask..
''why you said..ALHAMDULILLAH ? the fact is you are loosing it?" then Juha said., "because, if i were with the donkey i'll lose together..''


Juha Amanah Menjaga Rumahnya... err Pintu Rumahnya


وهو صغير ذهبت امه إلى عرس وتركته في المنزل بعدما اوصته ان يحفظ الباب جلس جحا حتى العصر ولما لم تعد امه قام وخلع الباب وحمله على ظهره وذهب به إلى امه،فلما رأته صرخت: ويحك ما هذا؟ فقال لها : اوصيتني ان احفظ الباب وها انا احمله إليك وقد حفظته جيداً

his mother going out to attend a marriage ceremony.. she ask JUHA to take care of the house door..(means house) then he fulfill his mother request..he sit beside the door to take care of it until asar but until asar his mother never come back. so...
he pull out the door from the house, bring it together at his back and bring it to his mother.. his mother was very surprised and said.."what the heaven you do ya JUHA?'
he said..."you request me to take care of this door..and now,i bring it to you and i almost take care of it completely''
ha2--

الحكم و الأمثال أو الأبيات الشعرية

Wednesday, September 9, 2009

Ahammiah al-Lughah al-Arabiyyah


Kelebihan Bahasa Arab sebagai Bahasa AlQuran
Oleh: Ustaz Mohd Asfarizan bin Pungut

Mengapa Al-Quran Berbahasa Arab? Setiap saat, lahirnya orang-orang alim yang mampu menghafaz isi kandungan Kitab Suci Al-Quran. Hatta, orang buta atau kanak-kanak. Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain.

“Mengapa Al-Quran diturunkan kepada seorang Nabi yang miskin dan buta huruf (ummiy)? Mengapa tidak diberikan kepada pembesar Mekkah mahupun Tha’if saja?” Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya. Pertanyaan yang sama, “Mengapa Al-Qur’an berbahasa Arab?” Banyak dalil yang mengungkap hal ini.

Boleh dikata, hampir semua ayat tersebut menyatakan, bahwa Al-Qur’an itu diturunkan dalam “bahasa Arab”. Adalah mustahil jika kerana Allah menurunkan Al-Quran ke dalam bahasa Arab kemudian dikatakan ianya“tidak universal”. Kenapa Allah memilih bahasa Arab? Bukan bahasa lain? Mungkin itu adalah hak Allah. Meskipun demikian, pilihan Allah mengapa Al-Quran itu dalam bahasa Arab bisa dijelaskan secara ilmiah.

Pertama,

Sampai hari ini, bahasa yang berasal dari kaum kuraisy yang masih bertahan sempurna adalah bahasa Arab. Bible (Old Testament) yang bahasa aslinya bahasa Ibrani (Hebrew) telah musnah, sehingga tidak ada naskah asli dari Perjanjian Lama.

Kedua,

Bahasa Arab dikenal memiliki banyak kelebihan: (1) Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Arab itu merupakan bahasa yang hidup, (2) Bahasa Arab adalah bahasa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang ketuhanan dan ukhrawi, (3) Bentuk-bentuk kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif, yang amat luas hingga dapat mencapai 3000 bentuk perubahan, yang demikian itu tak terdapat dalam bahasa lain.

Ketiga,

Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.

Keempat,

Menurut Syeikhu’l-Islam, Ibnu Taimiyah, “Taurat diturunkan dalam bahasa Ibrani saja. Dan Musa ‘alayhissalam tidak berbicara kecuali dengan bahasa itu. Begitu juga halnya dengan al-Masih: tidak berbicara tentang Taurat dan Injil serta perkara lain kecuali dengan bahasa Ibrani. Begitu juga dengan seluruh kitab. Ia tidak diturunkan kecuali dengan “satu bahasa” (bilisanin wahidin): dengan bahasa yang dengannya diturunkan kitab-kitab tersebut dan bahasa kaumnya yang diseru oleh para rasul. Justeru Al-Quran diturukan dalam bahasa Arab.

Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya. Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya. Keuniversalan Al-Quran lainnya, dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat, dalam sejarah, selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat. Hatta, ia orang buta atau kanak-kanak pun. Al-Quran, mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun.

Oleh itu, ayuh belajarlah bahasa Arab kerana ianya Bahasa Al-Quran.

Wednesday, September 2, 2009

Awwalul Kalam

Assalamulaikum pembuka bicara,
Pemanis kata semanis kurma dari kami Aishah, Najlaa, Masyitoh, Alwani, dan Zalilah

Ahlan wa sahlan kami ucapkan kepada para pengunjung blog kami yang agak baru dan tidak seberapa ini. Mudah-mudahan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sebagai pengenalan, blog ini adalah bertemakan cintakan bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab. Kami akan berkongsi segala informasi yang berkaitan dengan Bahasa Arab. Sebarang cadangan atau komen membina amat kami alu-alukan.

Akhir kalam, salam Ramadhan dari kami
2 September 2009/12 Ramadhan 1430
5.40 Petang
Makmal Komputer APIUM

::al-af'al::